Wednesday, October 29, 2008

dajjal.?

Ujian Allah SubhanAllah Wa Taala menerusi makhluknya yg bernama Dajjal ini adalah sebesar-besar ujian yg ditimpakannya kepada umat manusia yg beriman. Tidak ada ujian lain yg menyamainya apakan lagi melebihinya. Dalam hal ini baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sejak Allah SubhanAllah Wa Taala. menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal" H.R Muslim.

Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan seseorang.
Oleh itu maka janganlah ada di kalangan ummat Islam ini yg berkata: "Saya
tak apa, saya dapat melawan Dajjal" Jangan sekali-kali berkata demikian
kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan keimanan ketika berhadapan
dgn Dajjal. Oleh itu Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SubhanAllah Wa Taala. dari godaan Dajjal, seperti yg di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat akhir yg sunat doa itu kita baca setiap kali kita sembahyang. Ini menunjukkan betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut.

"Ya Allah aku berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam dan
dari siksa kubur dan dari ujian dlm kehidupan dan ujian setelah mati dan
juga aku berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al Masih Dajjal.." H.R
Muslim.

Menurut Imam Al Barzanji dalam kitabnya bernama "Al Isya'ah" bahawa di
antara tanda dekatnya masa kemunculan Dajjal itu ialah apabila Umat Islam
melupakan tentang mengingati bahayanya.

KENALI DAJJAL

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa
jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "Minal
Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah SubhanAllah Wa Taala ke atas
langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke
atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al
Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga
kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.
Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut
Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah
seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari
bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan
makhluk² halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan
ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil
tidak diketahui dgn jelas.

Sifat² Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya
sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan
Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka
(Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah
Salawatu Alai Wasalam, diantaranya:

Seorang yg kelihatannya masih muda;
Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;
Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan
kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,
manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip
laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat
dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri
Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda
yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan
ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah".
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda
boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa
Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah SubhanAllah Wa Taala utk
keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di
sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama
empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn
setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu
minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan
14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka
bumi ini? Nabi Salawatu Alai Wasalam, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari
yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari
ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37
hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah Salawatu Alai Wasalam! Di hari yg panjang seperti
setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5
waktu sahaja). Nabi Salawatu Alai Wasalam menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu
dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu
pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita
lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari
itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang
Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam
setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar
Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya
hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan
bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun
yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SubhanAllah Wa Taala utk menguji umat ini. Oleh kerana
itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara
kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan
mematuhinya.

Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn
kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan
kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa
dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda
kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka
daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah
kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu
juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg
bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..
mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan
penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org² yg
tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:
"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?"
Nabi menjawab:
"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan
bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R Ibnu
Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan
neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah
sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka
dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau
hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan
jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi
daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh
dalam satu jam
"... Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di
atas muka bumi ini?
Nabi menjawab:
"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau
awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam
iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah
masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.


CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:

Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg perlu
diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini. Cara-cara itu
ialah:

Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta
mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata
sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah tentu ia dapat
menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di mukanya itu. Dajjal takut
kalau ada orang yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu
apabila ia selesai memfitnah org di suatu tempat, ia akan segera beredar
dari situ. Ia takut ada orang yang meneliti keaiban dan kekurangannya ini.

Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah seorang
kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada
dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam tidak perlu terpedaya dgn
godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah atau
Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg telah
tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia menghalang golongan perempuan
dari keluar rumah kerana kebanyakan pengikut Dajjal ini dari kalangan orang
yang jahil tentang Islam dan golongan perempuan.

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah Al-Kahfi
seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah Salawatu Alai Wasalam:
".... Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan
terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg hafal
sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." (Hadis Sahih Muslim)"



pesanan ringkas:

adakah berambut kerinting itu dajjal.?

hmm..

2 comments:

AL journey said...

woit.. follow la Blog aku.. !!

abdul.rahman said...

mane la kande tau nk follow cane.?