Thursday, December 25, 2008

bukit.antarabangsa

Assalamualaikum.
Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.
Bukan niat gua nak kutuk ape pun.cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!

Wah!!!
bukan main lagi lu orang.rumah juta-juta.
harta juta-juta.
buat rumah pun atas bukit.
kenapa buat rumah atas bukit?
konon-konon darjat tinggi la.
sama tinggi dengan malaikat?
sama tinggi dengan Nabi?
ke nak privacy?
atau memang taknak campur dengan masyarakat?
gua tengok kebanyakkan orang meLAYU.
tapi gua heran jugak.
rumah juta-juta.
harta juta-juta.
tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?
sebab apa???
SEBAB LU KAYA!!!

bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang.
sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!
kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan.
ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni?
nasi bungkus lu orang buang bagi babi makan?
nasi bungkus ape standard.
sebab apa???
SEBAB LU KAYA!!!

gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk.
nak tengok-tengok lu orang.
tapi lu maki apehal?
lu dah bagus sangat ke nak maki orang?
pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat.
tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!
lu sibuk pasal lu punya barang.
ada lu pikir pasal TUHAN???
sebab apa lu jadi macam ni???
SEBAB LU KAYA!!!

lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan.
bukan sikit..tapi puluh ribu..!!
nak cakap b**doh tapi jadi menteri.
tapi pikir balik memang b**doh pun!
lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!
duit ada berjuta.
lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?
yang tak makan?
rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??
sebab apa???
SEBAB LU KAYA!!!

lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!
ada lu orang nak beristgfar?
gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!
pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!
tapi yang lu nak maki dorang apehal?
lu nak saman apehal?
Sebab apa???
SEBAB LU KAYA!!!

lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT.
yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??
nak pampasan???
JANGAN HARAP!
cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel.
tak bersyukur lagi???
itu tanah persendirian.
lantak lu la nak buat rumah.
tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman???
sebab apa???
SEBAB LU KAYA!!!

gua bukan dengki pasal lu kaya.
peduli ape lu kaya!
lantak lu la.
tapi lu kene ingat.
ada yang lagi Maha Kaya.
ada yang lagi Maha Besar.
LU PIKIR LA SENDIRI!!!

Wednesday, December 24, 2008

layu.dalam.melayu

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari melihat bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa

Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya


Malique feat. Tun Dr. Mahathir


Raja-raja Melayu yang telah menghadiri sidang Durbar di Kuala Kangsar.
Daulat Tuanku!!!